Kelas Microsoft Powerpoint

24 Ogos 2020 | Aktiviti Terkini

23 Ogos 2020 – PI Sg Lui telah mengadakan Kelas Powerpoint-Pertandingan mencipta Poster Alam Sekitar.Kelas diajar oleh Penolong Pengurus Pusat Ekonomi Digital Sungai Lui iaitu Pn Sahpiah Adam.. Peserta dibimbing langkah demi langkah dalam menyiapkan tugasan tersebut seperti mencari gambar yang sesuai di “google search” dan menggunakan teknik salin dan tampal.

Apa yang ditekankan ketika membuat poster adalah menitikberatkan gambar yang sesuai untuk tajuk yang diberikan untuk memudahkan proses pembelajaran.Selain itu, peserta turut diberi sedikit taklimat advokasi mengenai Keselamatan Internet dan keselamatan norma baru Covid-19. Kelas dihadiri oleh seramai 5 orang peserta. Kelas bermula pada jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 11.00 tengahari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali